Perkara 18 (Tempoh memegang kerusi sebagai ahli)

(1) Tiap-tiap ahli dipilih atau dilantik Dewan Undangan hendaklah mengosongkan kerusinya dalam Dewan Undangan apabila Dewan Undangan dibubarkan.

(2) Seseorang ahli dipilih atau ahli dilantik hendaklah juga mengosongkan kerusinya dalam Dewan Undangan jika-

(a) dia tidak lagi layak dipilih atau dilantik sebagai ahli Dewan Undangan sedemikian;

(b) dia meletakkan jawatannyan melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Speaker; atau

(c) dia tidak hadir di setiap persidangan Dewan Undangan sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

(d) (Dipotong oleh En. No. 11/1995).

 

(e) (Dipotong oleh En. No 11/1995).

 

(3) Bagi maksud perenggan (c) Fasal (2), persidangan ertinya mana-mana persidangan atau persidangan Dewan yang bermula apabila Dewan bersidang kali pertama selepas dipanggil pada bila-bila masa dan berakhir apabila Dewan ditangguhkan sine die atau pada penutupan sesuatu penggal.