Perkara 14 (Keanggotaan Dewan Undangan)

(1) Dewan Undangan hendaklah terdiri daripada

(a) Speaker;

*(b) apa-apa bilangan ahli dipilih sebagaimana yang ditetapkan oleh Badan Perundangan melalui undang-undang, **yang dipilih mengikut apa-apa cara yang diperuntukkkan oleh undangn-undang Persekutuan atau Negeri;

(c) apa-apa bilangan ahli lain (kemudian daripada ini disebut (ahli dilantik) yang tidak lebih daripada enam orang, yang dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dan setiap seorang daripada mereka hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Perkara18, memegang kerusinya bagi apa-apa tempoh yang ditetapkan dalam surat cara yang menurutnya dia dilantik.

(2) Sehingga ditetapkan selainnya oleh Badan Perundangan, bilangan ahli dipilih hendaklah enam puluh orang.