Perlembagaan

UNDANG-UNDANG TUBUH KERJAAN NEGERI PULAU PINANG BADAN PERUNDANGAN

12. Tiap-tiap warganegara yang berumur Dua Puluh Satu Tahun atau lebih yang bermastautin di dalam Negeri adalah layak menjadi ahli Dewan Negeri, melainkan jika ia adalah hilang kelayakan menjadi ahli menurut Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan ini atau menurut mana-mana undang-undnag yang disebutkan dalam Perkara 13.

13. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang adalah hilang kelayakan menjadi ahli Dewan Undangan jika:

(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal;

(b) dia seorang bankrap yang belum dilepaskan;

(c ) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan;

(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau bagi Dewan Undangan, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia telah gagal menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian;

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu Mahkamah undang-undang di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat PETIKAN PERKARA-PERKARA BERHUBUNGKAIT DENGAN URUSAN PILIHAN RAYA pengampunan bebas;

(f) dia hilang kelayakan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan berkenaan dengan pilihan raya bagi mana-mana satu Majlis Parlimen atau bagi Dewan Undangan oleh sebab telah disabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau telah dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan itu; atau

(g) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan negara di luar Persekutuan atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan dari mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan taat setia kepada mana-mana negara di luar Persekutuan.

(2) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertua Negeri dan, jika sekiranya tidak dibatalkan sedemikian, hilang kelayakan itu hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh penyata yang tersebut dalam perenggan (d) itu dikehendaki diserahkan, atau mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang tersebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu; dan seseorang tidaklah boleh hilang kelayakan di bawah perenggan (g) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum ia menjadi warganegara.

(3) Walau apapun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli Dewan Undangan hilang kelayakan daripada terus menjadi ahli Dewan itu menurut perenggan (e) Fasal (1), atau di bawah suatu undang-undang seperti yang disebutkan dalam perenggan (f) Fasal (1) – (a) Kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habisnya tempoh empat belas hari dari tarikh dia- (i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang di sebut terdahulu; atau (ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah mana-mana undang-undang i yang disebutkan dalam perenggan (f) yang disebut terdahulu; atau (b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain di bawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah itu; atau (c ) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas peberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) itu ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakkan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.

(4) Fasal (3) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan atau pemilihan mana-mana orang ke Dewan Undangan, yang bagi maksud tersebut kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) atau (f), mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam Fasal (1).

(5) Seseorang yang meletakkan keahliannya di dalam Dewan Undangan Negeri ini atau mana-mana negeri lain hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Undangan Negeri ini.

14. Seseorang itu tidak boleh pada satu masa yang sama menjadi ahli Dewan Undangan bagi lebih daripada satu bahagian pilihan raya.

15. (1) Jika seorang ahli Dewan Undangan hilang kelayakan menjadi ahli Dewan itu maka kosonglah kerusinya itu. (2) Jika seseorang yang hilang kelayakan menjadi ahli Dewan Undangan dipilih ke Dewan itu, atau jika suatu pemilihan adalah berlawanan dengan Perkara 14, maka pemilihan itu adalah terbatal. (3) Dipotong oleh En. No. 12/1964 (4) Seseorang tidak boleh dinamakan dengan sahnya untuk dipilih sebagai ahli Dewan Undangan tanpa persetujuannya.

16. Seseorang ahli Dewan Undangan boleh melepaskan keahliannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Yang di- Pertua Dewan.

17. Jika seseorang ahli Dewan Undangan tidak hadir pada tiap-tiap persidangan Dewan selama tempoh 6 bulan tanpa kebenaran Dewan maka Dewan bolehlah mengisytiharkan kerusinya sebagai kosong.

18. (1) Jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli Dewan Undangan telah hilang kelayakan untuk menjadi ahli, maka Dewan itu hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad:

Dengan syarat bahawa Perkara ini tidak boleh dikira sebagai menghalang amalan Dewan menangguhkan sesuatu keputusan bagi membolehkan diambil atau ditentukan apa-apa prosiding yang mungkin menyentuh keputusannya (termasuklah prosiding bagi membatalkan kehilangan kelayakan itu).

(2) Jika seseorang ahli Dewan Undangan hilang kelayakan di bawah perenggan (e) Fasal (1) Perkara 13, atau di bawah mana-mana undangundang yang disebutkan dalam perenggan (f) Fasal (1) Perkara 13, maka Fasal (1) yang tersebut di atas tidaklah terpakai dan dia hendaklah berhenti menjadi ahli Dewan Undangan, dan kerusinya hendaklah menjadi kosong, sebaik sahaja hilang kelayakannya berkuat kuasa mengikut Fasal (3) Perkara 13