Pengundi Pos
PENGUNDI POS
Peraturan 3(1) hingga (4) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan bahawa mana-mana warganegara yang telah mendaftar sebagai pemilih boleh mengundi secara pos dengan syarat mereka perlu tergolong di dalam salah satu daripada KATEGORI SEPERTI BERIKUT:
- Kakitangan awam yang berkhidmat diluar negara
- Suami/ isteri kepada kakitangan awam yang berkhidmat diluar negara
- Pelajar sepenuh masa yang belajar diluar negara
- Suami/ isteri kepada pelajar sepenuh masa yang belajar diluar negara
- Anggota tentera
- Anggota polis (Kecuali Pasukan Polis Sukarela Simpanan)
- Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA)
- Seseorang yang diperakui oleh SPR sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi (Petugas Pilihan Raya SPR);
- Anggota SPR yang dilantik di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan; dan
- Kategori orang yang diwartakan SPR sebagai Pengundi Pos oleh SPR dari masa ke semasa, Sehingga kini SPR telah mewartakan:
- Pekerja media
- Warganegara Malaysia diluar negara
PENGUNDI POS SECARA AUTOMATIK
Mereka dari kategori dibawah layak secara automatik sebagai pengundi pos DENGAN SYARAT mereka telah mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) iaitu:
- Kakitangan awam yang berkhidmat diluar negara
- Suami/ isteri kepada kakitangan awam yang berkhidmat diluar negara
- Pelajar sepenuh masa yang belajar diluar negara
- Suami/ isteri kepada pelajar sepenuh masa yang belajar diluar negara
PENGUNDI POS MELALUI PERMOHONAN
Mereka selain dari PTH yang layak secara automatik, hendaklah memohon sebagai pengundi pos bila ianya dibuka untuk permohonan. Mereka yang tidak memohon tidak layak sebagai Pengundi Pos. Antara kategori orang yang terlibat dalam kategori ini adalah:
- Anggota tentera
- Anggota polis (Kecuali Pasukan Polis Sukarela Simpanan)
- Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA)
- Seseorang yang diperakui oleh SPR sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi (Petugas Pilihan Raya SPR);
- Anggota SPR yang dilantik di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan; dan
- Kategori orang yang diwartakan SPR sebagai Pengundi Pos oleh SPR dari masa ke semasa, Sehingga kini SPR telah mewartakan:
- Pekerja media
- Warganegara Malaysia diluar negara
RUJUKAN UNDANG-UNDANG
- Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003
- Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002
- Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan raya) 1981