Pengundi Biasa

~1438073490~PENGUNDI BIASA copy

PENGUNDI

Pengundi adalah pemilih berdaftar dan layak mengundi semasa pilihan raya. Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan pemilih, menyatakan warganegara yang berumur 21 tahun keatas, bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan telah mendaftar sebagai pemilih berhak mengundi.

 

Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan pengundi berdaftar berhak mengundi dan nama pengundi yang tercatat dalam Daftar Pemilih yang berkuatkuasa adalah bukti prima facie berkenaan hak pengundi tersebut untuk mengundi semasa pilihan raya yang berlangsung.

RUJUKAN UNDANG-UNDANG

  1. Perlembagaan Persekutuan
  2. Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002
  3. Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981

 

Nota:

prima facie – Tanggapan pertama, dianggap sebagai benar/betul sehingga dibuktikan sebaliknya