Pesta Angin Timur 2019

Pesta Angin Timur 2019 #pat2019 akan kembali menemui warga Perlis pada 1-3 Mac 2019 dilokasi yang sama seperti tahun lepas iaitu bersebelahan Kompleks DUN, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis. Program akan dilaksanakan bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 12.00 malam. SPR juga turut membuka kaunter perkhidmatan sempena Pesta Angin Timur. Antara perkhidmatan yang disediakan SPR pada program tersebut adalah seperti berikut:

☑ Semakan Daftar Pemilih

☑ Pendaftaran Pemilih Baru

☑ Pertukaran Tempat Mengundi

☑ Pameran Penjalanan Pilihan Raya