Program Semarak Biru “LIGHT IT UP BLUE”
KANGAR, 8 Februari 2019 – Pada 2 April 2019 telah diisytiharkan sebagai Hari Kesedaran Autisme Sedunia atau “World Autism Awareness Day” oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan disambut di seluruh dunia sejak tahun 2008. Sambutan ini dilaksanakan sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dan advokasi masyarakat tentang kanak-kanak serta individu yang mengalami autisme. Program yang lebih dikenali sebagai Semarak Biru Light It Up Blue ini merupakan kempen antarabangsa yang telah mendapat sokongan daripada pelbagai organisasi syarikat media utama dan juga masyarakat di lebih 157 buah negara. Sehubungan dengan itu PPN Perlis turut sama terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Autisme Sedunia ini