Selamat Bersara YBhg. Tan Sri Mohd Hashim Bin Abdullah
KANGAR, 30 Jun 2018 – Seluruh warga Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis (PPN Perlis) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih serta mengucapkan selamat bersara kepada Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Hashim Bin Abdullah, yang bersara pada (30 Jun 2018) setelah berkhidmat sebagai Pengerusi SPR sejak 5 September 2014. Semoga Yang Berbahagia Tan Sri sentiasa dirahmati serta dilindungi Allah, segala Jasa baik Yang Berbahagia Tan Sri tidak akan dilupakan oleh warga PPN Perlis.