Kenyataan Media:Isu Video Tular Petugas SPR Bawa Keluar Kertas Undi
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
Bil.44/2018
ISU VIDEO TULAR PETUGAS SPR BAWA KELUAR KERTAS UNDI
1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjelaskan bahawa video yang tular di media sosial sejak awal hari ini melibatkan seorang petugas pilihan raya yang ditahan oleh pihak tertentu kerana disyaki membawa keluar kertas undi bukannya berlaku semasa Hari Pengundian Awal pada 5 Mei 2018 (Sabtu).