Kenyataan Media:278,590 Pemilih Awal Mengundi Pada 5 Mei 2018 (Sabtu)
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
Bil.42/2018
278,590 PEMILIH AWAL MENGUNDI PADA 5 MEI 2018 (SABTU)
1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa seramai 278,590 orang pemilih awal yang meliputi anggota polis, Pasukan Gerakan Am serta pasangan, dan anggota tentera serta pasangan akan mengundi awal pada 5 Mei 2018 (Sabtu). Jumlah tersebut merupakan sebahagian besar daripada jumlah keseluruhan pengundi awal yang berdaftar iaitu seramai 300,255 orang. Manakala sebahagian lagi iaitu seramai 21,665 orang pula akan mengundi secara pos.