Kenyataan Media:Kesalahan Menularkan Gambar/Foto Dokumen Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
Bil.41/2018
KESALAHAN MENULARKAN GAMBAR/FOTO DOKUMEN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) KE-14
1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menasihatkan kepada semua pengundi khususnya kepada mereka yang layak mengundi secara pos sama ada di dalam negara mahupun di luar negara untuk tidak merakam foto/gambar mana-mana dokumen seperti kertas undi, borang atau sampul-sampul berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dan menularkannya melalui media sosial atau apa-apa medium komunikasi.