Kenyataan Media: Anggota RELA Bukan Kategori Undi Pos

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA

BIL.1/ 2018

ANGGOTA RELA BUKAN KATEGORI PENGUNDI POS

  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin memberi penjelasan berhubung dengan dakwaan pihak tertentu kononnya terdapat hampir empat (4) juta orang pengundi pos akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang dan sebahagian besar daripadanya merupakan anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang disalah erti sebagai termasuk dalam kategori anggota Sukarelawan Simpanan Polis DiRaja Malaysia (PVR). Dalam hal ini SPR ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat untuk mengelirukan rakyat.
  • Di bawah Perkara 3(1) hingga (4) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, menetapkan bahawa mana-mana warganegara yang telah mendaftar sebagai pemilih boleh mengundi secara pos dengan syarat mereka perlu tergolong di dalam salah satu daripada kategori yang ditetapkan oleh SPR.

             KLIK DISINI untuk membaca kenyataan penuh…