Tahniah Yang Berbahagia Dato’ Leo Chong Cheong

dato leo chong cheong

 

KANGAR, 12 April 2017 – Seluruh warga Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis (PPN Perlis) mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada YBhg Dato’ Leo Chong Cheong, Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memulakan tugas berkuatkuasa 12 April 2017. Perlantikan ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh YBhg Datuk Christopher Wan Soo Kee yang telah bersara wajib pada 9 Januari 2017.

Berasal dari Alor Setar, Kedah dan memiliki Ijazah Sains Fizik (Kepujian), Universiti Malaya. Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Negeri dan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebelum bersara dari perkhidmatan awam pada Mei 2016. Jawatan terakhir yang disandang beliau adalah sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM, Bukit Aman.

Dalam memulakan tugasnya hari ini, YBhg Dato’ Leo Chong Cheong telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR, YBhg Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR, YBhg Datuk Haji Abdul Ghani Salleh, di pejabatnya. Perlantikan ini akan membantu memperkasakan SPR menjadi sebuah institusi pengurusan pilihan raya demokratik yang cemerlang dan mendapat kepercayaan rakyat.