Selamat Bersara Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof

SELAMAT BERSARA (26-01-2016)

 

KANGAR, 24 Januari 2016 – Seluruh warga Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis (PPN Perlis) mengucapkan setinggi-tinggi peghargaan dan ucapan terima kasih serta mengucapkan selamat bersara kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd. Yusof, yang bersara pada hari ini (24 Januari 2016) setelah berkhidmat sebagai Pengerusi SPR sejak 31 Disember 2008. Semoga Yang Berbahagia Tan Sri sentiasa dirahmati serta dilindungi Allah, segala Jasa baik Yang Berbahagia Tan Sri tidak akan dilupakan oleh warga PPN Perlis.