Latihan Pengungsian Bangunan Dan Kebakaran (Fire Drill) Bangunan KWSP

KANGAR , 29 Disember 2015 (Selasa) -  Jabatan-Jabatan Kerajaan dan swasta yang ada di bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, termasuk Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis, pada hari ini telah menjalankan latihan pengungsian bangunan dan demonstrasi kebakaran bagi menguji kesiap siagaan penghuni Bangunan KWSP menghadapi situasi kecemasan terutamanya bencana kebakaran. Latihan ini melibatkan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Cawangan Negeri Perlis (KWSP) selaku pemilik bangunan, semua penghuni Bangunan KWSP,  Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis, Jabatan Pertahanan Awam Negeri Perlis (JPAM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Keseluruhannya latian ini berjaya memberi kesedaran tentang perlunya semua penghuni tahu tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan.

 

01

0203