Hari Inovasi 2015 Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

Foto 1 foto 2

 

PUTRAJAYA, 25 Mei – Pada hari ini,  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menyambut Hari Inovasi SPR 2015 dan juga mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2014 di Menara SPR, Putrajaya.
Bagi mengisi slot Hari Inovas, SPR telah menjemput Yang Berbahagia. Dato’ Ahmad Fazley bin Yaakob; perunding motivasi yang juga ahli perniagaan, pensyarah, penyanyi, pelakon, pengacara TV, duta produk gaya hidup dan chef pastri bertauliah sebagai penceramah undangan bagi memberikan semangat dan motivasi kepada warga SPR dari seluruh Malaysia yang hadir. Sesi ceramah ini,  turut dihadiri oleh Setiausaha SPR, Yang Berbahagia Datuk Abdul Ghani bin Salleh dan pegawai-pegawai kanan SPR.

Untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014 , Seramai 58 orang warga SPR telah dianugerahkan dengan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Anugerah ini sebagai satu penghargaan daripada pihak pengurusan SPR terhadap sumbangan dan komitmen mereka dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan, selain sebagai galakan untuk terus menunjukkan dedikasi dan kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti. Bagi PPN Perlis 3 pegawai telah dianugerahkan Sijil APC 2014 dan Sijil Kepujian iaitu Encik Ahmad Ibrahim Bin Mohd Tayib (APC), Puan Azizah Binti Omar (APC) dan Encik Adam Amir Bin Suhaimi (Sijil Kepujian)

Anugerah ini disampaikan oleh Pengerusi SPR, Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd. Yusof.. Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi SPR menyeru seluruh warga SPR supaya terus mengekalkan pencapaian terbaik masing-masing, dan berinovasi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi SPR, Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd. Hashim bin Abdullah; Ahli-Ahli SPR; Setiausaha SPR, Yang Berbahagia Datuk Abdul Ghani bin Salleh; dan pegawai-pegawai kanan SPR. Pada majlis yang sama, Pengerusi SPR juga menyampaikan Sijil Kepujian kepada 65 warga SPR yang telah menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan mereka. Selain itu, Sijil Persaraan turut disampaikan kepada 31 warga SPR yang telah dan bakal bersara pada tahun ini; dan lapan (8) daripada mereka menerima Sijil Bakti Setia atas perkhidmatan mereka kepada SPR lebih 25 tahun.