Sumbangan Bagi Mangsa Banjir di Pantai Timur

BANTUAN BANJIR 2014-2

 

30 Disember 2014 (Kangar) – Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis (PPN Perlis) pada tengahari ini telah menyumbangkan sebanyak 1,248 botol air mineral untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur. Sumbangan tersebut disampaikan melalui Bilik Gerakan Banjir UniMAP dan Pusat Pengumpulan Bantuan/Sumbangan Bagi Mangsa Banjir di Pantai Timur kelolaan pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)