Taklimat Penerangan Berkenaan Urusan Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Perlis 2014
KANGAR (18 Ogos 2014) – Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis telah mengadakan sesi Taklimat Penerangan Berhubung Urusan Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Perlis 2014 kepada wakil-wakil Parti Politik yang berdaftar di negeri Perlis. Seramai 34 orang telah hadir mewakili parti masing-masing. Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali daripada Akademi Pilihan Raya. Taklimat ini diadakan bagi memberi pemahaman yang jelas pada wakil Parti Politik berhubung urusan persempadanan yang dijalankan oleh SPR.