Taklimat Pencegahan Kebakaran

Picture1

 

PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERLIS (18 JUN 2014) – Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis telah mengadakan satu taklimat pencegahan kebakaran kepada semua kakitangan. Taklimat telah disampaikan oleh wakil dari Syarikat Fire Prevention Centre iaitu Encik James. Taklimat ini bertujuan untuk memberi maklumat dan pemahaman kepada semua kakitangan berkaitan soal pencegahan kebakaran di tempat kerja khususnya. Semua kakitangan PPN yang terlibat diberi sijil sempena taklimat tersebut bagi mencukupi tujuh hari berkursus.