Lawatan Audit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Picture1

 

19 Jun 2014 (Khamis) – Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis telah menerima lawatan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perlis. Seramai 3 orang pegawai telah hadir diketuai oleh Encik Najmi bin Elias. Lawatan audit ini bertujuan untuk memastikan jabatan mewujudkan budaya kerja selamat, sihat dan sejahtera. Maklumbalas yang diterima hasil dari lawatan audit ini sangat memuaskan kepada jabatan dan usaha melaksanakan penambahbaikan harus diteruskan.