Taklimat Kepada Penolong Pendaftar Kerajaan (KEMAS)

Picture1

 

27 Jun 2014 (Jumaat), Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis telah mengadakan taklimat kepada Penolong Pendaftar (Jabatan Kerajaan) bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perlis di Pusat Kegiatan KEMAS Alor Tampang, Beseri, Perlis. Seramai 61 orang Penolong Pendaftar Jabatan Kerajaan telah dilantik pada hari tersebut. Turut hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Encik Shamsudin bin Mohammad, Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perlis. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Sarimah binti Saad, Penolong Pegawai Tadbir (Bahagian Operasi) dan dibantu oleh Encik Zairil bin Husny.