Hari Inovasi SPR 2014 Dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013

Picture1

 

Picture2

 

Picture3

 

PUTRAJAYA (23 JUN 2014) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Telah Mengadakan Hari Inovasi SPR 2014 Dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 Di Dewan Sri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. Majlis Ini Telah Disempurnakan Oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Pengerusi SPR. Turut Hadir Dalam Majlis Tersebut Adalah Setiausaha SPR, Y.Bhg. Datuk Hj Abdul Ghani Bin Salleh; Ahli-Ahli SPR, Pegawai-pegawai Kanan SPR Dan Kakitangan SPR Seluruh Negara.

 

Majlis Ini Turut Meraikan Pegawai-pegawai SPR Yang Dianugerahkan Sijil Kepujian (SK), Pegawai Yang Bersara Pada Tahun 2013 Manakala Bagi Pegawai Yang Lama Berkhidmat Di SPR Diberi Anugerah Perkhidmatan Lama.

 

Majlis Hari Inovasi SPR 2014 Di Mulakan Dengan Ceramah Inovasi Bertajuk “Transformasi Organisasi Melalui Inovasi” Oleh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Negara Yang Sudi Memberikan Semangat Dan Perangsang Kepada Pegawai Dan Kakitangan SPR.

 

Dalam Majlis Yang Sama Dua Orang Kakitangan Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis Dianugerahkan Dengan Anugerah APC Dan SK. Penerima-penerima Tersebut Adalah Puan Nazatul Hidayu Binti Armia (Penerima APC) Dan Encik Roshelmi Bin Hashim (Penerima SK) –PPN