Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Pengundi/Pemilih

 

daftar pemilih KATUN

 

Pendaftaran Pemilih/ Pengundi (Termasuk Pendaftaran Tukar Alamat Tempat Mengundi) Memerlukan Tuan/ Puan HADIR SENDIRI  [Peraturan 12, Peraturan - Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) (Pindaan) 2012] Untuk Memohon Secara Rasmi (Urusan Pengisian Borang/ Sistem Akan Dibuat Oleh Petugas SPR)

Pendaftaran Pemilih Boleh Dibuat Di Tempat – Tempat Berikut:

(i)        Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer,

(ii)       Penolong Pendaftar Yang Dilantik ,

(iii)     Pasukan Bergerak Mana-Mana Pejabat Pilihan Raya Negeri; dan

(iv)     Mana-Mana Pejabat Pilihan Raya Negeri / Ibu Pejabat SPR Di Putrajaya

 

Pendaftaran Akan Dibuat Berdasarkan ALAMAT DIDALAM KAD PENGENALAN .

Bagi Mereka Yang NAMANYA TELAH ADA DALAM DAFTAR PEMILIH INDUK (DPI) Semakan Melalui SMS Boleh Dibuat Dengan Menaip “SPR SEMAK <Jarak> NO. KAD PENGENALAN” Dan Hantar Kan Ke “15888” Atau Semak Di Laman Web Spr

DAFTAR- SMS 15888-[2011]-BLINK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pendaftaran Pemilih Baru (Termasuk Pendaftaran Tukar Alamat Tempat Mengundi) Akan Dikemaskini Setiap Suku Tahun Dengan Melalui Proses-Proses Berikut:

JADUAL SUKU TAHUN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENGEMASKINIAN Setiap Suku Tahun Ini Akan DITUNJUKKAN Dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Yang Akan Dipemerkan Untuk Semakan Orang Ramai Pada Suku Tahun Berikutnya Di :

(i).        Pejabat Pilihan Raya Negeri

(ii).        Pejabat-Pejabat Pos (berdekatan alamat)

(iii).        Tempat Pameran Terpilih Berdekatan Dengan Alamat (Rujuk Tempat Pameran).

(iv).        Semak DILAMAN WEB SPR.