Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun 2/2018

PAMERAN-RDPT-PAK-ABU

 

NOTIS

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN (RDPT)

SUKU TAHUN 2/2018

 

Selaras dengan subperaturan 13(5) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2012 adalah dimaklumkan bahawa Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun 2/2018 bagi Negeri Perlis DIBUKA UNTUK PEMERIKSAAN di tempat-tempat yang dinyatakan SELAMA 14 HARI mengikut ketetapan yang berikut:

 

TEMPOH PAMERAN

Tarikh Pameran                             :        31 Julai Hingga 13 Ogos 2018

Tempat                                           :        Sila Rujuk Senarai Tempat-Tempat Pameran

Masa                                              :         Waktu Bekerja (Pejabat)

 

KANDUNGAN PAMERAN

1.       RDPT yang dipamerkan mengandungi :

(i).     Nama-nama pemilih yang dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam Daftar Pemilih.

(ii).    Nama-nama yang dicadangkan untuk dikeluarkan/dipotong dari dalam Daftar Pemilih.

 

2.       Oleh itu, SEMUA orang yang TELAH MEMBUAT PERMOHONAN untuk didaftarkan sebagai seorang pemilih dalam tempoh APRIL – JUN 2018, DIPOHON MENYEMAK untuk memastikan nama mereka terdapat didalam RDPT yang dipamerkan tersebut.

URUSAN TUNTUTAN

3.       Jika namanya telah ditinggalkan daripada daftar pemilih tambahan itu beliau hendaklah mengemukakan suatu TUNTUTAN menggunakan Borang B untuk memasukkan namanya ke dalam daftar pemilih tambahan itu.

URUSAN BANTAHAN

4.            Mereka juga boleh MEMBANTAH terhadap kemasukan dalam daftar pemilih tambahan itu namanya sendiri atau nama mana-mana orang yang dinyatakan dalam daftar pemilih tersebut menggunakan Borang C tertakluk kepada syarat dan bayaran fi yang telah ditetapkan

 

BORANG-BORANG

5.            Borang-borang ini  boleh didapati secara percuma di

(i).          Pejabat Pendaftar

(ii).          Laman web Pendaftar – http://ppn.spr.gov.my/perlis

                             a) Borang B (Borang Tuntutan)
                             b) Borang C (Borang Bantahan)

(iii).          Tempat-tempat pameran; dan

(iv).          Laman web SPR – www.spr.gov.my

PENYERAHAN

6.            Borang-borang yang telah lengkap di isi HENDAKLAH SAMPAI kepada Pendaftar TIDAK LEWAT DARI  13 Ogos 2018. Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang pos atau Kiriman wang Pos atas nama Pengarah Pilihan Raya Negeri Perlis. Pejabat Pendaftar boleh dihubungi :

 

PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI PERLIS,

Tingkat 1, Bangunan Kwsp,

Jalan Bukit Lagi, 0100 Kangar, Perlis.

Tel 04-976 1180 Faks: 04-977 7507

 

Sekian, Terima Kasih

 

AHMAD IBRAHIM BIN MOHD TAYIB

Pendaftar Pemilih Negeri Perlis

 

 

  

NOTA

TUNTUTAN 

1.       Jika PEMILIH TELAH MENDAFTAR dan mendapati NAMANYA TELAH TERTINGGAL daripada RDPT yang dipamerkan,
2.      MENGEMUKAKAN TUNTUTAN kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri Perlis) dalam tempoh  pameran (dari tarikh RDPT dibuka untuk disemak)
3.      Menggunakan BORANG TUNTUTAN (BORANG B) dan
4.      Disertakan salinan Borang A (Borang Pendaftaran) sebagai bukti.
5.      Jika tuntutan diterima, nama pemilih berkenaan akan dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis selama 14 hari untuk semakan (untuk bantahan) sebelum diperakukan

 

BANTAHAN 

1.      OLEH PEMILIH BERDAFTAR dalam kawasan pendaftaran berkenaan sahaja.

  • Pemilih yang ada namanya dalam Daftar Pemilih Induk (DPI)
  • Pemilih Yang baru mendaftar dalam suku tahun ini (Nama sedang dipamerkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan [RDPT])

2.      MEMBANTAH KEMASUKAN / PENGELUARAN NAMA dalam RDPT bagi kawasan pendaftaran berkenaan yang sedang dipamerkan.

  • DIRI SENDIRI (jika tidak pernah mendaftar), 
  • PEMILIH LAIN (yang baru mendaftar dalam suku tahun ini)

3.      MENGEMUKAKAN BANTAHAN kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri Perlis) dalam tempoh  pameran (dari tarikh RDPT dibuka untuk disemak).
4.      Menggunakan BORANG BANTAHAN (BORANG C) 
5.      Mengemukakan bayaran RM 10.00 BAGI SETIAP ORANG YANG DIBANTAHkannya
6.      HANYA BOLEH membantah sebanyak 20 NAMA SAHAJA
7.      Sekiranya permohonan diterima, Pendaftar akan terus membuat keputusan sekiranya terdapat bukti yang mencukupi atau menjalankan siasatan awam bagi menyiasat kebenaran bantahan tersebut.
8.      HADIR SIASATAN AWAM jika dipanggil oleh Pendaftar