Thursday, 18 of April of 2024

Program Outreach/Program Caravan

 

Program Outreach ialah program pendaftaran luar pejabat di mana pasukan Outreach menyediakan kaunter terbuka kepada orang awam di beberapa lokasi terpilih. Orang awam adalah dijemput ke kaunter kami untuk urusan pendaftaran pemilih baru, pendaftaran tukar alamat, membuat semakan pendaftaran pemilih dan membuat aduan.

 

Tiada Program Outreach dijalankan setakat ini

 

CARAVAN SEBAGAI KAUNTER BERGERAK SPR 


Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak dengan rasminya telah menggunakan caravan sebagai kaunter bergerak mulai Januari 2016, bagi menarik lebih ramai lagi pengunjung ke kaunter kami untuk mendapatkan perkhidmatan pendaftaran pemilih. Caravan ini digunakan sebagai kenderaan rasmi dalam Program Outreach dan Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak. 
front view
side view
Pandangan dari hadapan caravan Pandangan dari tepi caravan
public daftar2
public daftar3
Orang awam mendapatkan perkhidmatan di kaunter
bergerak Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak

 

Tiada Program Caravan dijalankan setakat ini.

 

Orang ramai dijemput hadir bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di kaunter pendaftaran kami. Untuk mendapatkan perkhidmatan kaunter bergerak/caravan jabatan ini, sila kemukakan permohonan secara bertulis dengan cadangan tarikh, masa dan tempat program ke alamat :

 

Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak,
Blok A, Tingkat 1,
Bangunan Pejabat-Pejabat Kerajaan Persekutuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 IPOH, Perak Darul Ridzuan.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Hafiz bin A’ala di talian 05-2494 120 atau 2494 121.

 

Kembali ke Atas

JUMLAH PELAWAT