PENDAFTARAN PEMILIH

Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.

Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.

Daftar pemilih tambahan disediakan setiap suku tahun dan setiap daftar pemilih tambahan diperakukan apabila selesainya urusan pameran, tuntutan dan bantahan.

Selepas tamat sesuatu suku tahun, masa yang diambil untuk memperakukan Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun berkenaan adalah enam (6) hingga lapan (8) minggu. Hanya selepas daftar pemilih tersebut diperakukan barulah ia boleh digunakan dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.


Statistik Daftar Pemilih Terkini Tahun 2021

| DPT ST1/2021 | DPT ST2/2021 | DPT ST3/2021