Category: Pengumuman

Pengumuman

By , January 29, 2020 10:00 am

 

 

Statistik Daftar Pemilih Induk Suku Tahun Ketiga 2019 

 

 

 

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BAGI SUKU KEEMPAT TAHUN 2019
Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan Bagi Suku Keempat Tahun 2019 akan diadakan bermula 30 Januari 2020 sehingga 12 Februari 2020. Orang awam yang telah mendaftar sebagai pemilih baru atau membuat pertukaran alamat dalam bulan Oktober hingga Disember 2019, bolehlah membuat semakan di tempat-tempat pameran Rang yang telah ditetapkan. Semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPR di alamat https://pengundi.spr.gov.my.

 

3-easy-step SPR ONLIE

JOM DAFTAR SEBAGAI PEMILIH SECARA ONLINE
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ada menyediakan kemudahan kepada orang awam yang belum mendaftar sebagai pemilih atau yang memohon bertukar alamat melalui pendaftaran secara on-line. Sila layari laman sesawang MySPR Daftar di alamat “https://mysprdaftar.spr.gov.my/“. (klik url untuk hiper rangkai). Ikuti 3 langkah mudah untuk mendaftar secara on-line :

Panorama Theme by Themocracy