SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JULAI TAHUN 2024 (DPT BLN7/2024)

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN JULAI 2024
(DPT BLN7/2024)

  1. DPT BLN7/2024 telah diperaku dan diwartakan pada 12 Ogos 2024. DPT BLN7/2024 ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 21 Ogos 2024 hingga 19 September 2024.
  2. DPT BLN BLN7/2024 ini mengandungi seperti berikut:
    • (a) 39,952 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 31 Julai 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
    • (b) 8,168 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
    • (c) 3,730 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.
  3. DPT BLN7/2024 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 hingga 31 Julai 2024 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi dalam tempoh 1 hingga 31 Julai 2024 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN7/2024 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN7/2024 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  2. BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-pejabat Pilihan Raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my
  3. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
  4. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi pemohonan yang dibuat secara dalam talian.