Pengundi Awam

Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih (pengundi)  supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.

Syarat-syarat mendaftar sebagai pemilih :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin di daftarkan
  • Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa

Terdapat 2 kategori pemilih :

  • Pemilih Biasa
  • Pengundi Tidak Hadir

 

>> Sumber Rujukan – PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BAHAGIAN VIII – PILIHAN RAYA -( Perkara 119. Kelayakan pemilih ) <<