CALON
FAKTA-FAKTA UMUM UNTUK CALON
1. Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat (Parlimen), seseorang itu mestilah dicalonkan dan memenangi dalam pilihan raya bahagian Parlimen. Begitu juga halnya jika seseorang itu mahu menjadi seorang ahli Dewan Undangan Negeri bagi mana-mana negeri maka orang itu mestilah dicalonkan dan memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri.
2. Syarat Kelayakan Menjadi Calon
2.1. Pilihan Raya Dewan Rakyat
i) Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam Persekutuan (Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan) semasa pencalonan.
ii) Berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun (18) tahun pada hari penamaan calon.
2.2. Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri
i) Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam negeri di mana ia ingin bertanding.
ii) Berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun (18) tahun pada hari penamaan calon
3. Hilang Kelayakan Menjadi Calon
i) Didapati atau disahkan sebagai orang tidak sempurna akal;
ii) Seseorang bankap yang belum lepas;
iii) Seseorang yang memegang “jawatan berpendapatan”;
iv) Seseorang itu apabila telah dicalonkan untuk pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau menjadi Ejen Pilihan Raya kepada orang yang telah dicalonkan, dia telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang di dalam masa dan cara yang dikehendaki;
v) Seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam Persekutuan (atau sebelum hari Malaysia di dalam kawasan-kawasan Sabah atau Sarawak atau Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit Malaysia (RM2, 000.00) dan belum menerima pengampunan;
vi) Didapati telah mendapat kewarganegaraan atau telah menggunakan hak kewarganegaraan negara asing atau telah membuat pengakuan taat setia kepada mana-mana negara asing.
4. Deposit
Undang-undang menetapkan seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya dikehendaki mengemukan wang deposit yang ditetapkan seperti berikut:
a) Pilihan Raya Parlimen- RM10, 000.00
b) Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM5, 000.00
Jika wang deposit tidak disertakan, kertas penamaannya dianggap sebagai tidak lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk tidak menerima kertas penamaan tersebut.
5. Deposit Bahan Kempen Pilihan Raya
Calon-calon hendaklah membayar deposit bahan kempen pilihan raya seperti berikut:
a) Pilihan Raya Parlimen- RM5, 000.00
b) Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM3, 000.00
Sekiranya calon gagal mengemukakan deposit bahan kempen adalah tidak dibenarkan untuk memasang atau mempamer sebarang bahan kempen pilihan raya. Jika disabit kesalahan di bawah Sekyen Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan pekara tersebut, Calon berkenaan boleh dihukum penjara selama tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
6. Keistimewaan Untuk Seseorang Calon Pada Hari Mengundi
Calon adalah dibenarkan melawat tempat-tempat berikut:
i) Tempat mengundi/mengira undi.
ii) Pusat mengira undi berpusat dan berkelompok.
iii) Pusat pengeluaran, pembukaan dan pengiraan undi pos.
iv) Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.