PENGENALAN

Untuk memahami urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya (Kajian Semula Persempadanan) dengan lebih jelas, terlebih dahulu, kita perlu tahu tentang komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah Bahagian Pilihan Raya.

LOKALITI

Lokaliti adalah komponen paling kecil yang terdapat dalam Bahagian Pilihan Raya. Ia merupakan tempat tinggal sekumpulan orang tempatan yang mempunyai talian sosial yang jelas seperti kampung atau taman perumahan. Dalam urusan pendaftaran pemilih, lokaliti adalah asas bagi menentukan di mana seorang pemilih akan mengundi. Penentuan tersebut adalah berdasarkan alamat yang dinyatakan dalam kad pengenalan pemohon.

DAERAH MENGUNDI (DM)

Daerah Mengundi diwujudkan melalui satu atau lebih gabungan beberapa lokaliti. Ia bertujuan untuk menentukan Pusat-Pusat Mengundi bagi pemilih yang lokalitinya berada di dalam Daerah Mengundi tersebut.

BAHAGIAN PILIHAN RAYA

Bahagian Pilihan Raya terbahagi kepada 2 iaitu:

a) Bahagian Pilihan Raya Negeri (DUN) – Gabungan beberapa Daerah Mengundi akan membentuk satu DUN.
b) Bahagian Pilihan Raya Parlimen – Dua (2) atau lebih DUN apabila digabungkan akan membentuk satu (1) Bahagian Pilihan Raya Parlimen kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hanya mempunyai Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan tiada DUN.

 

KOMPONEN- KOMPONEN BAHAGIAN PILIHAN RAYA

PERSEMPADANA KOMPONEN

 

MAKLUMAT- MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEMASA PENYEDIAANDRAF SYOR KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN

  • ·         Taburan pemilih berdaftar mengikut Bahagian Pilihan Raya sedia ada
  • ·         Peta- peta sempadan pentadbiran
  • ·         Ukuran keluasan kawasan cadangan persempadanan
  • ·         Data- data mengenai pembangunan kawasan
  • ·         Pembangunan infrastruktur

APAKAH YANG DIGUNAKAN SEBAGAI “SEMPADAN”

Sesuatu yang boleh dilihat secara jelas dan nyata seperti bukit, jalan raya dan sungai serta sempadan lain seperti sempadan lot tanah, mukim, daerah atau negeri.

Malaysia mengamalkan sistem majoriti mudah (“First Past the Post”) iaitu seorang wakil rakyat yang dipilih bagi setiap Bahagian Pilihan Raya (“Single Member Territorial Representation”). Bagi calon yang memperoleh undi terbanyak beliau dikira pemenang dan diisytiharkan sebagai wakil bagi Bahagian Pilihan Raya tersebut. 

Secara ringkasnya,urusan Kajian Semula Persempadanan merupakan suatu kajian dan semakan untuk melihat semula kesesuaian sempadan-sempadan Bahagian Pilihan Raya sedia ada, bagi memudahkan urusan pentadbiran pilihan raya dan pendaftaran pemilih di masa akan datang.

Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan secara jelas memberikan kuasa kepada SPR untuk menetapkan sempadan-sempadan setiap Bahagian Pilihan Raya di negara ini. Untuk urusan Kajian Semula Persempadanan, negara telah dibahagikan kepada tiga unit berasingan  mengikut undang-undang Fasal (6) Perkara 113 iaitu:.

a) Unit Negeri-Negeri Tanah Melayu;
b) Unit Negeri Sabah;dan
c) Unit Negeri Sarawak.

PICa

Carta Urusan Kajian Semula Persempadanan Bermula Mengikut Keadaan