PERUNDANGAN

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA
Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan peraturan-peraturan yang digubal adalah seperti yang berikut:
i) Perlembagaan Persekutuan;
ii) Perlembagaan Negeri;
iii) Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957
iv) Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);
v) Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);
vi) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981;
vii) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002;
viii) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Antarannya termasuklah Akta Polis 1967; Akta Hasutan 1958; Akta Rahsia Rasmi 1971; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.