PEMBETULAN MAKLUMAT DAFTAR PEMILIH
Maklumat yang boleh diperbetulkan adalah seperti yang berikut:
(a) |
Nombor kad pengenalan pemilih; |
(b) |
Nama pemilih; |
(c) |
Alamat pemilih; dan |
(d) |
Lokaliti pemilih. |
Sekiranya pemilih itu menyemak namanya dalam daftar pemilih dan mendapati terdapat kesilapan pada maklumatnya maka, beliau perlulah mengemukakan aduan rasmi secara bertulis kepada SPR meminta supaya maklumat tersebut diperbetulkan dengan melampirkan bukti-bukti yang jelas berhubungan dengan kesilapan tersebut dan sumber untuk pembetulan.Masyarakat pengundi adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan SPR berhubungan dengan kesilapan maklumat-maklumat dalam daftar pemilih. Untuk membuat pembetulan, sila klik di sini