KURSUS KESELAMATAN PELINDUNGAN PPN KEDAH 2022

10 Januari 2022-Anak Bukit, Kedah. Seramai 38 orang kakitangan Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah telah menghadir Kursus Keselamatan Perlindungan yang disampaikan oleh Encik Mohd Nawawi Bin Deris, Penolong Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Negeri Kedah. Kursus yang bertujuan bagi memastikan semua kakitangan mematuhi dan menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan Arahan Keselamatan yang telah ditetapkan oleh CGSO. Berikutan SOP Covid yang telah ditetapkan kursus ini dijalankan secara bersemuka dan dalam talian (online). Kursus diakhiri dengan majlis tandatangan Surat Akur Janji Perkhidmatan dan Ikrar Bebas Rasuah oleh Pegawai dan kakitangan Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah.