SELAMAT TAHUN BARU-2022

Anak Bukit, 1 Januari 2022- Semua Pegawai dan kakitangan Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia. Biarpun tahun 2021 penuh dengan suka dan duka, tapi itu bukan pengakhirannya. Peperangan kita dengan pandemik COVID-19 ini masih belum berakhir. Bermula fasa norma baru untuk kita semua lalui.

Sedar atau tidak sedar kita sudah melangkah ke tahun baharu 2022 dan pastinya memori atau kenangan tahun-tahun sebelum ini, sama ada indah ataupun tidak, merupakan pengalaman mematangkan kita semua yang boleh dijadikan iktibar bagi menghadapi dugaan bakal mendatang pada tahun baharu 2022 ini. Kami wargakerja PPN Kedah mengharapkan dengan kehadiran tahun baharu 2022 akan menjadi lebih bermakna sebagai pendorong semangat dan azam baru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus berusaha dan berusaha demi mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam kehidupan masing-masing. Secara dasar, sekiranya kita memasang azam dan iltizam untuk berusaha lebih kuat di tahun baru 2022 ini, maka kejayaan yang lebih tinggi dan impian yang mahu direalisasikan mampu dizahirkan dengan sempurna. Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua rakyat Malaysia.