SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN DISEMBER 2021 (DPT BLN 12/2021)

Anak Bukit, 14 Januari 2022 – Untuk makluman, Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember 2021 (DPT BLN 12/2021. Semakan boleh dibuat secara atas talian.

DPT BLN12/2021 telah diperaku dan diwartakan pada 14 Januari 2022 dan dibuka untuk semakan selama 6 bulan mulai 14 Januari 2022 hingga 13 Julai 2022.

DPT BLN12/2021 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
  2. Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
  3. Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

URUSAN TUNTUTAN DAN BANTAHAN

TUNTUTAN

  1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas sehingga 31 Disember 2021 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status/kategori pengundi yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN12/2021 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN12/2021 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.
  3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.

BANTAHAN

  1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.
  2. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).
  3. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi bagi bantahan tersebut.

BORANG C :- BORANG TUNTUTAN

BORANG D :- BORANG BANTAHAN

Sebarang urusan berkaitan tuntutan dan bantahan boleh berhubung dengan Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah seperti berikut:-

Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah
Aras 4, Zon A
Wisma Persekutuan Anak Bukit Bandar Muadzam Shah
06550 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Tel :+604 700 1313