SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN

PUTRAJAYA, 24 Ogos – YBhg Datuk Abdul Ghani bin Salleh melapor diri ke Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia hari ini sebagai Pengerusi SPR yang baharu, berkuatkuasa 21 Ogos 2020. Beliau menggantikan bekas Pengerusi SPR, YBhg. Datuk Azhar Azizan Harun yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 13 Julai 2020. YBhg Datuk Nik Ali bin Mat Yunus turut melapor diri ke SPR pada hari ini sebagai Ahli SPR yang baharu, menggantikan YBhg Datuk Seri Ramlan bin Ibrahim yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) pada 3 Ogos 2020.Seluruh warga Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah mengalu-alukan kedatangan YBhg Datuk Abdul Ghani bin Salleh dan YBhg Datuk Nik Ali bin Mat Yunus ke SPR!