SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

 

8 MAC 2020-Sambutan Hari Wanita Sedunia jatuh pada tanggal 8 Mac. Kemunculan idea hari wanita ini bermula dengan dua peristiwa penting pergerakan wanita di Amerika Utara dan rantau Eropah.

Pada Februari 1909, berlaku satu bantahan dan protes dalam kalangan wanita di Amerika Utara mengenai hak wanita mengundi sewaktu pilihan raya di negara-negara tersebut. Bantahan itu diketuai oleh para wanita dari Parti Sosialis Amerika  Syarikat dan kemudiannya ia bertukar menjadi hari rasmi bagi golongan wanita.

hari-wanita