TAKLIMAT PENOLONG PENDAFTAR PEMILIH (PPP) KEPADA WAKIL JABATAN PDRM KEDAH

 

ALOR SETAR, 3 Mac 2020 – Seramai 46 orang pegawai kanan polis dari seluruh kontinjen Kedah hadir dalam sesi Taklimat Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) Wakil Jabatan PDRM bagi negeri Kedah, pagi ini yang diadakan di Auditorium, Tingkat 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Kesemua pegawai kanan tersebut telah dilantik dan ditauliahkan menjadi Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) mulai hari ini.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohamad Solehudin Bin Ismail, Pegawai Suruhanjaya Negeri Kedah berkenaan tugas-tugas yang dipertangungjawabkan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP).

Penyampaian Watikah Pelantikan Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) telah disempurnakan oleh En. Nidz0muddin Bin Ismail, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Kedah kepada wakil PDRM Kedah, YDH ACP Ab Rahaman Bin Arsad, Ketua Jabatan Pengurusan Kedah.

Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi dengan nyanyian lagu ‘Polis Sedia Berkhidmat’ dan sesi bergambar kenang-kenangan.

Taklimat PP Polis