PENDIDIKAN PENGUNDI VE- PILIHAN RAYA KAMPUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN

Februari 2020, Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Kedah telah melaksanakan siri pendidikan pengundi bersama kakitangan dan 1,230 orang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) melalui pelaksanaan Pilihan Raya Kampus (PRK) bagi memilih Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) kategori Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Ahli Majlis Mesyuarat (AMM) bagi sesi 2020. Pelaksanaan PRK IPGKDA ini merupakan aktiviti julung kali yang diadakan bersama institut pendidikan untuk memilih JPP dengan mengaplikasikan kaedah pilihan raya yang sebenar.

Objektif utama Pilihan Raya ini dilaksanakan adalah:

 

  •  Membolehkan para pelajar mendapat Pendidikan dan pendedahan secara terus setiap proses penjalanan pilihan raya melalui kaedah yang sebenar;
  • Melaksanakan pelantikan AMT dan AMM IPGKDA bagi tahun 2020 melalui kaedah pilihan raya dan;
  • Menjalinkan kolaborasi strategik dengan IPGKDA bagi tujuan pelaksanaan siri Pendidikan pengundi kepada para pelajar.

Secara keseluruhan, siri pendidikan pengundi yang dilaksanakan secara kolaborasi bersama pihak IPGKDA mencapai matlamat berikut:

  •  Membolehkan para pelajar merasai situasi sebenar proses Pilihan Raya melalui pendedahan secara terus;
  • Melaksanakan pelantikan AMT dan AMM IPGKDA bagi sesi 2020 melalui kaedah Pilihan Raya sebenar dan;
  • Menjalinkan kolaborasi strategik dengan IPGKDA bagi tujuan pelaksaan siri pendidikan pengundi kepada para pelajar.

Terima kasih IPGKDA atas usaha sama menjayakan pilihan raya kampus bagi tahun 2020. Semoga kerjasama ini akan terus kita eratkan pada hari mendatang.

 

TAKLIMAT KEPADA PETUGAS DISAMPAIKAN OLEH PEGAWAI PPN KEDAH

collage ipda 2 collage ipda 1

HARI TEMUDUGA YANG DIJALANKAN OLEH IPGKDAINTERVIEW

HARI PENAMAAN CALONPENAMAAN 2 PENAMAAN CALON

HARI BERKEMPEN/ MANIFESTOMANISFESTO

HARI PENGUNDIAN- PERSIAPAN TEMPAT MENGUNDI OLEH PETUGAS PILIHAN RAYA (IPGKDA)PERSIAPAN SALURAN

HARI PENGUNDIAN- PROSES PENGUNDIAN OLEH PELAJARHARI PENGUNDIAN1 HARI PENGUNDIAN2

HARI PENGUNDI- PROSES  PENGIRAAN KERTAS UNDIPENGIRAAN

HARI PENGUNDI- PROSES PENJUMLAHAN RASMI KERTAS UNDI DI PUSAT PENJUMLAHAN RASMI UNDI DAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN