URUSAN PENGEMASKINIAN DAERAH MENGUNDI DAN SEMAKAN LOKALITI P.013 SIK

21 Januari 2020- Sik
Pejabat Pilihan Raya Negeri  Kedah dengan kerjasama Kelab Vitara Malaysia Utara telah melakukan kajian di lapangan dalam melaksanakan urusan pengemaskinian daera mengundi dan semakan lokaliti di parlimen Sik.
Tujuan kajian dilakukan adalah untuk
Mengenalpasti daerah mengundi yang tiada pusat mengundi (selaras dengan penetapan 1 Daerah Mengundi 1 Pusat Mengundi)
Semakan semula senarai lokaliti di P.013 Sik bagi memastikan kewujudan di lapangan dengan pembangunan semasa
Mengenalpasti semula Daerah Mengundi untuk cadangan belah bahagi bagi tujuan urusan pengemaskinian Daerah Mengundi
Terima kasih  Kelab Vitara Malaysia Utara atas usaha sama membantu Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah melakukan kajian ini. Semoga kerjasama ini akan terus kita eratkan pada hari mendatang.
collage gubir