TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KE SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

Seluruh warga kerja PPN KEDAH mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Yang Berusaha Dr. Azmi Sharom yang baharu dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Yang Berusaha Dr. Faizal S.Hazis yang dilantik sebagai ahli-ahli SPR.

Dr. Azmi Sharom, merupakan lulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam International Environmental Law, University of Landon, School of Oriental and African Studies. Beliau sebelum ini bertugas sebagai Profesor Madya di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya dari 2004 sehingga 2019 dan juga merupakan Ketua Human Rights Reseach Group di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya dari 2013 sehingga 2019. Melalui pengalaman beliau dalam bidang politik, PPN Kedah berharap pelantikan Dr. Azmi Sharom akan dapat memimpin urus setia SPR dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

Manakala Dr. Faizal S.Hazis, merupakan lulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Sains Politik, Universiti Sains Malaysia. Pernah bertugas sebagai Felo Kanan, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti kebangsaan Malaysia dari 2015 sehingga 2019 dan merupakan Ketua Centre for Asian Studies di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 2016 sehingga 2019.