HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PERSEKUTUAN NEGERI KEDAH

Alor Setar- Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Persekutuan Negeri Kedah telah diadakan di Lobi Zon B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Kedah. Program yang berlangsung pada 14 Febuari 2019 telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Mukriz bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah. Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah juga turut menyertai program tersebut dengan menyediakan khidmat kaunter pendaftaran pemilih baru, pertukaran alamat dan semakan kepada pelanggan. Selain itu, pelanggan juga boleh melawat ruang pameran yang disediakan oleh PPN Kedah. Program ini juga turut disertai oleh 30 jabatan yang lain.  
HBP-02-01