MAJLIS PENYERAHAN KERUSI RODA KEPADA PEJABAT TANAH DAERAH KUBANG PASU

KUBANG PASU 27 September 2018- Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah  menyerahkan 5 unit kerusi roda kepada Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu. Penyerahan kerusi roda  tersebut dilakukan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri Kedah, Encik Zuhri bin Ismail kepada Encik Mohammad Subhi bin Abdullah, Ketua Penolong Pengawai Daerah Kanan (Pengurus Tanah) disaksikan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Tanah dan Pelupusan) Puan Noorul Azzyati binti Ahmad Salmi dalam Majlis Persaraan Pertukaran dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu bertempat di Dewan Tunku Anum, Jitra.

MAJLIS PENYERAHAN51