• Home »
  • Berita »
  • PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA BAGI PRU KE-14 (Syarat & Borang)

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA BAGI PRU KE-14 (Syarat & Borang)

23 Jan 2018
Pengumuman : Permohonan Undi Pos Luar Negara Bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (Syarat & Borang)

Syarat-Syarat Memohon Undi Pos Bagi Pemohon Yang Berada Di Luar Negara (Selain Pengundi Tidak Hadir)

1. Bagi maksud untuk memohon kemudahan mengundi melalui pos, warganegara Malaysia yang berada di luar negara perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut:

1.1 Mestilah seorang pemilih berdaftar;

1.2 Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa;

1.3 Menetap di luar negara KECUALI bagi mereka yang tinggal di selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan wilayah Kalimantan Indonesia tidak layak diberikan kemudahan untuk mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi pada hari pengundian dijalankan.