PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI-BENGKEL “TRAINING OF TRAINERS” (TOT)

PULAU LANGKAWI 12 September – Pejabat Pilihan Raya dengan kerjasama Akademi Pilihan Raya (APR) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah mengadakan Bengkel “TRAINING OF TRAINERS” (TOT). Seramai 120 org peserta telah menghadiri bengkel ini antaranya Pembantu PilihanRaya dan kakitangan PPN Kedah. Bengkel ini bertujuan memberi informasi terkini mengenai perjalanan pilihanraya, disamping mengeratkan hubungan dikalangan pembantu dan kakitangan pilihanraya. Bengkel yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini turut mengadakan aktiviti¬†icebreaking, ceramah dan simulasi pilihanraya. Puan Norlinah binti Jamman, Puan Shamsiah binti Chee Ros dan Puan Khadijah binti Ishak antara penceramah yang dijemput untuk menjayakan bengkel ini. Penyampaian sijil penghargaan turut diadakan pada hari terakhir bengkel.

 

TOT1 TOT2 TOT3 PENCERAMAH PENYAMPAIAN SIJIL