APLIKASI MYSPR SEMAK

MYSPR SEMAK MUDAHKAN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH.
Putrajaya, 27 September – Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menyediakan kemudahan semakan daftar pemilih melalui aplikasi mudah alih yang dinamakan MySPR Semak. Aplikasi ini merupakan satu inisiatif terkini SPR untuk memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat semakan status pendaftaran dan lokasi tempat mengundi bagi Pilihanraya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihanraya Kecil (PRK) sebagai fungsi utamanya. Selain memudahkan warganegara Malaysia membuat semakan daftar pemilih, aplikasi ini juga membolehkan orang ramai membuat semakan calon pilihanraya yang bertanding mengikut bahagian pilihanraya yang dipertandingkan serta memudahkan semakan keputusan Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Negeri dilakukan. Majlis pelancaran yang berlangsung di Menara SPR Putrajaya ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Hashim bin Abdullah, Pengerusi SPR. Turut hadir sama ialah Yang Berbahagia Tan Sri Othman bin Hj. Mahmood, Timbalan Pengerusi SPR, Ahli-ahli Panel SPR dan Pegawai-pegawai kanan. Aplikasi MySPR Semak boleh di muat turun melalui Google Play dan App Store mulai sekarang.