JALINAN KASIH KELAB KESKED PPN KEDAH

pagekesked

Titi Gajah, 22 Aril 2017- Bersempana kedatangan Ramadhan dan Hari Raya, Kelab Kesked Kedah telah menganjurkan Program Jalinan Kasih. Program ini telah di ketuai oleh Puan Muna Binti Mohammad, bersama dengan ahli jawatankuasa kesked telah berkunjung ke rumah Encik Khairul Nizat bin Bakar, 47 di No 131 Lorong Pam Air, Kampong Alor Berjaya, Titi Gajah Kedah bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan ehsan dan menyalurkan bantuan hari raya.

Encik Khairul menyara ahli keluarganya seramai 11 orang termasuk isteri, dengan hanya mengambil upah memotong rumput dari penduduk kampung dan juga bantuan dari pihak lain.

Kelab Kesked telah menyediakan pengangkutan untuk membawa kesemua anak Encik Khairul untuk membeli kelengkapan hari raya di bandar Alor Setar. Disamping itu, Kelab Kesked juga menyalurkan bantuan sumbangan duit raya kepada anak- anak beliau.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban yang di tanggung oleh keluarga Encik Khairul untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.