PENGURUSAN STRESS DI TEMPAT KERJA: FAKTOR, KESAN DAN CARA MENGATASINYA

stress kursus

PENGURUSAN STRESS DI TEMPAT KERJA: FAKTOR, KESAN DAN CARA MENGATASINYA

8 MEI 2017- ANAK BUKIT, KEDAH. Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah dengan kerjasama ICU dan LPPKN telah menganjurkan satu kursus bertajuk “Pengurusan Stress Di Tempat Kerja: Faktor, Kesan Dan Cara Mengatasinya.  Seramai 97 orang warga penduduk Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan telah menyertai kursus ini.

Ceramah disampaikan oleh Puan Nur Mahirah Binti Mahmud, Pegawai Psikologi S41 dari LPPKN Negeri Kedah.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang pengurusan stress, mengenali tahap stress yang di alami dan mengetahui cara mengendalikan stress, serta bagaimana mendapatkan bantuan bagi membantu mengendalikan stress di kalangan penjawat awam.

Di harap  kursus ini dapat membantu penjawat awam menjalankan tugas dengan cemerlang.