PROGRAM SINGGAH MESRA : SPR MENYANTUNI, MAHASISWA BERBAKTI

SPR BANNER PROGRAM

PROGRAM #JOM KITA DAFTAR UNDI-SINGGAH MESRA SPR PERINGKAT NEGERI KEDAH 

Yan, 8 April – Program #Jom Kita Daftar Undi-Singgah Mesra SPR Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 7-9 April 2017 bertempat di Kampung Ruat, Yan, Kedah. Program yang berkonsepkan aktiviti khidmat komuniti ini diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan (JKKK) Kampung Ruat dan juga mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) yang mensasarkan masyarakat luar bandar bagi mendaftarkan pengundi baru dan memberi pendedahan mengenai ketelusan proses pilihan raya. Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di program tersebut termasuk kaunter perkhidmatan oleh pelbagai agensi kerajaan, cabutan bertuah tiket penerbangan Air Asia, ceramah agama dan banyak lagi. Program ini telah mendapat sambutan baik penduduk sekitar dan mencapai objektifnya.